HomeUtamaTelupid diisytihar kawasan bencana banjir, empat PPS diaktifkan

Telupid diisytihar kawasan bencana banjir, empat PPS diaktifkan

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Daerah Telupid  diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telupid Celestine Jetony dalam kenyataan berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 1 petang  tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Telupid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selaras dengan itu, Celestine berkata, sebanyak empat buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) turut dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa terjejas banjir.

Antara PPS yang dibuka adalah di Balai Raya Kampung Maau, Dewan Kampung Rancangan Nangoh, Dewan Kampung Bambangan, dan Masjid (Lama) Kampung Gana Jati, Telupid

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Telupid adalah dengan ini saya selaku Pengerusi  JPBD Telupid mengisytiharkan bahawa empat dibuka dan diaktifkan.

“Ini adalah setelah pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Pemilik premis diseru kemuka permohonan sahkan arah kiblat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular