HomeUtamaMangsa terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 1,748 orang

Mangsa terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 1,748 orang

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Mangsa terjejas banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 1,748 orang mangsa dipindahkan ke enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat apabila dua daerah iaitu Keningau dan Sook turut dilanda banjir selepas Beaufort dan Membakut.

Daripada jumlah mangsa yang dipindahkan, seramai 780 orang mangsa berlindung di dua buah PPS Beaufort iaitu di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Selagon dan Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir.

Manakala di Membakut, seramai 705 orang mangsa melibatkan 231 keluarga dipindahkan ke satu PPS iaitu di Dewan Kesenian Islam Membakut.

“Di daerah Keningau pula, seramai 133 orang mangsa dipindahkan ke dua PPS iaitu di Dewan Masyarakat Daerah Keningau dan Dewan Dato’ Angin Abdulang Apin-Apin.

“Manakala di Sook, seramai 130 orang mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Membulu Sook melibatkan 40 keluarga,” katanya – SABAH MEDIA/ FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular