HomeUtamaMUIS santuni asnaf Sabah di Semenanjung, salur RM20,000 bantuan kewangan

MUIS santuni asnaf Sabah di Semenanjung, salur RM20,000 bantuan kewangan

Read Time:1 Minute, 13 Second

Shah Alam: Seramai 100 penerima terdiri dari golongan asnaf yang berasal dari Sabah yang kini menetap di Semenanjung menerima sumbangan kewangan berjumlah RM20,000.

Sumbangan yang disampaikan secara simbolik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Ramlan Awang Ali itu diserahkan kepada Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Dg Norsiah Ag Duraman

Majlis penyerahan sumbangan turut disaksikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Norlijah Danin sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Perhubungan Negeri Sabah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Ramlan ketika ditemui berkata, sumbangan yang disalurkan melalui Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MUIS bagi memastikan kebajikan asnaf Sabah terus diberi perhatian meskipun berada di Semenanjung.

Katanya, sumbangan melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sabah itu turut melibatkan kerjasama agensi-agensi berkaitan di Semenanjung bagi memastikan proses agihan sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

“Inisiatif ini adalah titik tolak kepada program jangka panjang yang akan diteruskan dari semasa ke semasa. Ia juga sejajar dengan komitmen MUIS dalam mengurus dan menyampaikan amanah para pembayar Zakat Fitrah kepada golongan yang berhak menerimanya.

“Selain daripada sumbangan kewangan, MUIS juga komited untuk membantu dari aspek lain seperti pengurusan jenazah, bantuan perubatan dan kebajikan lain yang diperlukan oleh rakyat Sabah di Semenanjung,” katanya.

Katanya lagi, MUIS merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang dan pembayar zakat yang mempercayakan MUIS dalam melaksanakan tanggungjawab agihan zakat dengan penuh integriti dan keprihatinan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Golongan belia terus diberi perhatian, tingkat keupayaan dalam keusahawanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular