HomeUtamaTun Musa hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PDRM

Tun Musa hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PDRM

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu  : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman serta isteri, Toh Puan Faridah Tussin semalam menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah.

Sejurus tiba, Tun Musa dan isteri melawat 21 reruai yang menghidangkan pelbagai juadah mewakili jabatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negeri dengan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis yang diadakan di perkarangan Dataran Padang Kawad Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah itu dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis tempatan dengan iringan Kombo Polis Kontinjen Sabah.

Pada majlis itu juga, Tun Musa dan Toh Puan Faridah turut menyerahkan duit raya kepada lebih 50 kanak-kanak warga Sang Saka Biru.

Turut berlangsung, penyampaian hadiah kepada para pemenang reruai terbaik yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dinobatkan sebagai johan, manakala Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan IPD Tuaran masing-masing sebagai naib johan dan tempat ketiga.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Kadzim M. Yahya,Timbalan Ketua Menteri  Datuk Ir Shahelmy Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar dijangka rasmi Pesta Kaamatan 2025 30 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular