HomeUtamaLelaki maut selepas kereta terbabas langgar tiang letrik

Lelaki maut selepas kereta terbabas langgar tiang letrik

Read Time:54 Second

Oleh Florieta Diet

TAWAU: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik sebelum melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Dr Yamamoto, Kampung Jawa, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba II Jemishin Ujin berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik sebelum melanggar tiang elektrik.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan. Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa melalui cermin belakang yang pecah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 5.19 pagi dan operasi melibatkan sepuluh anggota.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.54 pagi selepas memastikan tiada risiko bahaya lain di lokasi.

RELATED ARTICLES
Utama

Jurujual mengaku tidak bersalah guna wang palsu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular