HomeUtamaJambatan sementara Sungai Bawang dibuka mulai hari ini – JKR Sabah

Jambatan sementara Sungai Bawang dibuka mulai hari ini – JKR Sabah

Read Time:43 Second

Tamparuli : Jambatan sementara Sungai Bawang di Jalan Tamparuli – Togop KM2.1 Tuaran telah dibuka kepada pengguna bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jambatan tersebut dibuka kepada laluan orang ramai bermula jam 10 pagi tadi selepas kerja-kerja pembinaan sementara disiapkan mengikut jadual.

JKR Sabah turut menasihati semua pengguna jalan raya supaya mematuhi segala arahan dan papan tanda keselamatan yang disediakan di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

“Segala kesulitan yang dialami sebelum ini amat dikesali dan kami menghargai kesabaran semua pihak sepanjang tempoh kerja pembinaan dijalankan.

“Usaha ini diambil bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Pembukaan jambatan sementara ini dijangka akan melancarkan kembali aliran trafik di kawasan berkenaan, terutama kepada penduduk sekitar Tamparuli dan pengguna jalan yang menuju ke Togop. – SABAH MEDIA / FOTO JKR SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular