HomeSukan52 peserta sertai ujian kemahiran menembak

52 peserta sertai ujian kemahiran menembak

Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Seramai 52 peserta daripada pelbagai agensi penguat kuasa dan sektor awam mengambil bahagian dalam Ujian Kemahiran Menembak yang diadakan selama dua hari berakhir di sini Ahad lalu.

Ujian kemahiran sempena Kejohanan Menembak Piala Pengarah Imigresen Sabah 2025 yang dianjurkan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah dan Persatuan Menembak Sabah (SSA) itu berlangsung di Lapang Sasar SSA Lok Kawi.

Acara ini disertai oleh anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Turut menyertai Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Bantuan Sutera Harbour, serta penyertaan awam.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Timbalan Pengarah Imigresen Malaysia, Negeri Sabah (Kawalan) Garry Belayong Anak John Siki bagi mewakili Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

Program ini bukan sahaja menguji ketepatan dan kemahiran menembak para peserta, malah mengukuhkan hubungan kerjasama antara agensi penguatkuasa di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Sukan

SMK Pulau Gaya buktikan lokasi bukan penghalang semangat kesukanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular