HomeUtamaTanah runtuh di Jalan Sepulot–Pagalungan, tiada laluan alternatif

Tanah runtuh di Jalan Sepulot–Pagalungan, tiada laluan alternatif

Read Time:34 Second

Nabawan : Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Jalan Sepulot – Pagalungan, sekali gus menyebabkan laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, lokasi runtuhan berlaku di CH16, berhampiran antara Pekan Sepulot dan Pekan Pagalungan.

Sebagai langkah keselamatan awal, pihak berkuasa telah memasang tanda amaran penutupan jalan di kawasan kejadian dan pemantauan berterusan sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.

“Buat masa ini, tiada jalan alternatif disediakan bagi pengguna jalan raya yang terjejas,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Orang ramai digesa agar mengelakkan kawasan tersebut dan sentiasa mematuhi arahan serta perkembangan semasa yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kehadiran pelancong ke Sabah terus meningkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular