HomeUtamaBah Kano HTAT 2025 platform TLDM perkukuh hubungan dengan masyarakat

Bah Kano HTAT 2025 platform TLDM perkukuh hubungan dengan masyarakat

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak tujuh buah kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk sebuah kapal selam TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman menjadi antara tarikan pengunjung sempena Bah Kano Hari Terbuka Armada Timur (HTAT) 2025.

Sambutan yang diadakan selama dua hari bermula semalam mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengunjung yang hadir ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Acara gilang-gemilang sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM itu disempurnakan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi Idris.

HTAT yang diadakan itu adalah bertujuan bagi memperkukuh hubungan antara warga TLDM dan masyarakat awam.

Antara kapal-kapal TLDM yang menjadi tumpuan termasuk KD Kelantan, KD Selangor, KD Kedah, KD Sundang, KD Rencong, KA Bunga Mas Lima dan KD Serang.

Selain lawatan kapal, pelbagai aksi demonstrasi seperti Demontrasi Maritim oleh Paskal, kawad senyap dan persembahan Pancaragam Armada Timur turut berlangsung, membuktikan kecekapan dan kesiapsiagaan TLDM dalam pelbagai situasi operasi.

Bah Kano HTAT 2025 turut dimeriahkan dengan penyertaan 122 vendor makanan, pameran daripada agensi keselamatan serta acara popular seperti Pertandingan Memasak, Memancing, Mewarna Kanak-Kanak dan Bah Kano Auto Show yang mempamerkan 22 buah kereta berkuasa tinggi.

Penganjuran Bah Kano membuktikan komitmen TLDM untuk sentiasa mendekati masyarakat sambil memperkukuh semangat kenegaraan dan kefahaman awam terhadap peranan penting angkatan laut negara. – SABAH MEDIA / FOTO TLDM

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji dan isteri santuni jemaah haji Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular