HomeUtamaGRS sepakat mantapkan kerjasama menjelang PRN

GRS sepakat mantapkan kerjasama menjelang PRN

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal kukuh dan bersatu menghadapi cabaran politik mendatang, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Dalam pertemuan mesra minum petang di kediaman rasminya di Sri Gaya hari ini, Hajiji bertemu dengan semua tujuh presiden parti komponen GRS, dalam sesi yang digambarkan sebagai harmoni dan penuh muafakat.

“Semua presiden menyatakan komitmen dan iltizam penuh untuk memastikan kemenangan GRS dalam pilihan raya akan datang.

“Saya menghargai pandangan dan pendapat mereka. Mereka semua adalah pemimpin politik yang matang dan memahami kepentingan GRS sebagai satu gabungan yang bersatu menghadapi pilihan raya,” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS dan Presiden Gagasan Rakyat telah meluangkan hampir tiga jam bersama Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin.

Hadir sama Presiden Parti Cinta Sabah, Tan Sri Anifah Aman; Presiden Parti Maju Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee; Presiden Parti Liberal Demokratik, Datuk Chin Su Phin; dan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Tan Sri Liew Yun Fah.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga anak Pamela Ling dirakam keterangan, siasatan kehilangan masih berjalan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular