HomeIsu tempatanBot nelayan asing ditahan di perairan Felda Sahabat

Bot nelayan asing ditahan di perairan Felda Sahabat

Read Time:1 Minute, 4 Second

Lahad Datu:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot nelayan yang sedang melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan Felda Sahabat, Tungku, semalam.

Pengarah Zon Maritim  Lahad Datu,  Komander Maritim  Dzulfikhar Ali berkata,  tangkapan dilakukan sekitar jam 10.30 pagi oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia dalam satu operasi yang dilaksanakan.

Katanya, bot berwarna putih biru tanpa nombor pendaftaran sah itu dikesan berada di posisi 4.1 batu nautika selatan Tanjung Tungku.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga asing berada di atas bot berusia 28 tahun, gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri atau permit sah untuk menjalankan aktiviti perikanan di perairan negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Dzulfikhar, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, dan akan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. 

Katanya, nilai tangkapan adalah dalam lingkungan RM300,000.

Menurutnya, Maritim Malaysia menegaskan komitmennya membanteras pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing serta aktiviti perikanan haram yang menjejaskan sumber hasil laut tempatan.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-9305727 atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Komuniti Jalinan Kasih erat hubungan siswa dan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular