HomePendapatMalaysia ambil pendekatan berwaspada hadapi cabaran global

Malaysia ambil pendekatan berwaspada hadapi cabaran global

Read Time:4 Minute, 7 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.        Kerajaan Malaysia proaktif mendepani cabaran global semasa. Ini mampu mengurangkan impak negatif ekoran suasana ekonomi dan juga politik dunia yang semakin mencabar melibatkan perang dagangan/ trade war serta perang ketenteraan/ military war.   

2.        Pada 5 Mei 2025, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat telah di adakan bagi membincangkan isu Kadar Tarif yang telah di umumkan oleh Amerika Syarikat baru-baru ini.

3.        Pada 2 April 2025, Amerika Syarikat telah mengejutkan dunia dengan mengumumkan Kadar Tarif yang lebih tinggi ke atas import barangan dari negara-negara seluruh dunia. Malaysia telah di kenakan Kadar Tarif Asas (10%) dan Kadar Tarif Timbal Balik/ Reciprocal Tariff (24%).

4.        Semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat tersebut, Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan bahawa negara perlu meningkatkan penjanaan aktiviti ekonomi domestik menerusi projek pembangunan dan pelaburan, bagi mendepani situasi ekonomi global yang bergolak serta tidak menentu.

5.        Justeru itu, memahami cabaran yang melanda syarikat-syarikat tempatan, Perdana Menteri telah mengumumkan:

  • peningkatan jaminan kerajaan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), khusus untuk membantu pengeksport Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), bagi mendapatkan pinjaman daripada bank komersial
  • penambahan Dana Pembiayaan Mudah berjumlah RM 500 juta untuk PKS melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI)

6.        Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan:

  • pelaksanaan projek yang di luluskan akan di percepat, terutamanya berkaitan tebatan banjir, penambah-baikan sekolah daif dan pembinaan klinik
  • prosedur perolehan kerajaan di mantapkan, terutamanya yang melibat kontraktor kecil kategori G1 – G4
  • had sebut harga akan di tingkatkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta dan had cabut undi daripada RM100,000 kepada RM200,000, terutamanya bagi mempercepat kerja selenggara serta pembaikan seperti sekolah daif dan klinik

7.        Pengumuman ini selari dengan keluhan dan cadangan yang telah di kemukakan oleh pihak-pihak berkepentingan yang mewakili syarikat-syarikat tempatan. Kaji selidik awal Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) telah mendapati majoriti pengilang menjangkakan Kadar Tarif yang di umumkan oleh Amerika Syarikat akan meningkatkan kos eksport antara 10% hingga 30%.

8.        Sementara itu, Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) telah mencadangkan skim penampan tarif dan dana ketahanan pengeksport, bagi syarikat-syarikat menangani Kadar Tarif berkenaan. 

9.        Manakala, pada 8 Mei 2025, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM telah memutuskan:

  • Kadar Dasar Semalaman/ Overnight Policy Rate (OPR) kekal pada 3%
  • Nisbah Keperluan Rizab Berkanun/ Statutory Reserve Requirement (SRR) di turunkan dari 2% kepada 1% bermula 16 Mei 2025

10.      Fakta menarik.

  • Kadar Dasar Semalaman/ Overnight Policy Rate (OPR) adalah kadar faedah dasar yang mempengaruhi kadar deposit, pinjaman dan pembiayaan bank-bank
  • Nisbah Keperluan Rizab Berkanun/ Statutory Reserve Requirement (SRR) adalah peratusan daripada jumlah deposit yang bank-bank perlu simpan sebagai rizab mandatori di BNM, dan tidak boleh di gunakan bagi sebarang tujuan pinjaman atau pelaburan

11.      BNM berpandangan OPR semasa masih dapat menyokong pertumbuhan ekonomi negara dengan kadar inflasi yang stabil. Penunjuk semasa mencerminkan pertumbuhan global dan perdagangan yang kukuh, serta aktiviti ekonomi yang di sokong oleh permintaan domestik.

12.      Justeru itu, BNM telah mengambil pendirian berhati-hati, memandangkan ini adalah kali ke-12 berturut-turut BNM mengekalkan OPR semasa sejak Mei 2023. Malah, firma penyelidikan BMI di bawah Fitch Solutions menjangkakan BNM akan mengekalkan OPR pada kadar 3% sepanjang tahun 2025.

13.      Sementara itu, keputusan BNM mengurangkan SRR adalah sebahagian daripada usaha BNM bagi memastikan mudah tunai yang mencukupi di dalam sistem kewangan domestik. Ini dapat membantu bank-bank menguruskan mudah tunai di dalam volatiliti pasaran kewangan.

14.      Penurunan kadar SRR ini di jangka bakal menambah mudah tunai sekitar RM 19 bilion ke dalam sistem perbankan. Ini bermakna ada dana RM 19 bilion tersedia bagi bank-bank untuk membuat pelaburan, serta menyediakan pinjaman kepada peminjam bagi menjana ekonomi domestik.  

15.      Keputusan penurunan SRR ini telah di terima baik oleh ramai pihak. Sebagai contoh. Hong Leong Investment Bank (HLIB) berpendapat ianya adalah petunjuk keyakinan terhadap kedudukan pasaran keawangan negara, dan dapat memastikan daya-saing pasaran kewangan negara kekal mampan.

16.      Prospek ekonomi negara masih lagi samar tatkala rundingan bersama Amerika Syarikat berkaitan Kadar Tarif masih di jalankan. Jika Malaysia berjaya di dalam rundingan tersebut sekali pun, ekonomi negara masih berpotensi merundum kerana kedudukan rakan-rakan dagangan Malaysia yang turut tergugat akibat Kadar Tarif tinggi yang di kenakan oleh Amerika Syarikat.

17.      Justeru itu, Kerajaan Malaysia mesti senantiasa proaktif dan bersedia membantu syarikat-syarikat tempatan mendepani cabaran ekonomi global yang samar dan goyah ketika ini. Ini bukan sahaja dari segi dana pembiayaan, tetapi juga dengan melebarkan pasaran dengan rakan-rakan dagangan di seluruh dunia.

18.      We hope for the best, but we must prepare for the worst.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Laporan Suku Pertama 2025: Keyakinan Pelabur Domestik Dan Asing Terus Meningkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular