HomeUtamaConocoPhillips Malaysia adakan kunjungan hormat kepada Hajiji

ConocoPhillips Malaysia adakan kunjungan hormat kepada Hajiji

Read Time:29 Second

Kota Kinabalu: Presiden baharu ConocoPhillips Malaysia, Connor Dunn telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Connor yang menggantikan Lisa Bruner, memperkenalkan dirinya dan memberi taklimat kepada Hajiji mengenai rancangan pembangunan syarikat minyak dan gas multinasional itu di negara ini.

Pada Januari tahun ini, ConocoPhillips melalui anak syarikatnya, ConocoPhillips Sabah Gas Ltd, telah mengambil alih operasi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) di perairan Sabah.

Connor diiringi Pengurus Besar Kanan Aset KBB, Ian Ramshaw, Pengurus Besar Pertumbuhan, Ian Lim dan Pengurus Besar Operasi KBB, Krish Krishnan.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular