HomeSukanKejohanan sukan sekolah bantu bina semangat kesukanan pelajar

Kejohanan sukan sekolah bantu bina semangat kesukanan pelajar

Read Time:1 Minute, 27 Second

Penampang : Penganjuran kejohanan sukan sekolah yang diadakan setiap tahun berupaya membina semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, kejohanan itu juga bukan sekadar mengukur kemampuan para pelajar namun ia turut membina keyakinan diri serta memberi suntikan kreativiti serta inovasi.

Katanya, elemen itu sangat penting bagi mengiktiraf keboleh mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian pelajar yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

“Kejohanan sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran.

“Ini secara tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya. Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan  aktiviti-aktiviti jasmani yang diadakan di sekolah.

“Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual  dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-24 Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru II di sini pada Isnin.

Arif turut berharap agar ibu bapa dapat memberikan sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan murid dalam bidang kokurikulum akan membantu mereka mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

Katanya, momentum itulah yang diperlukan agar anak-anak sentiasa cerdas dan cergas sama ada di sekolah mahupun di rumah.

“Dengan adanya kerjasama dua hala ini, saya berharap agar sekolah ini akan terus cemerlang dalam bidang Kokurikulum khasnya.

“Saya juga berharap agar warga pendidik dan murid –murid dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha bagi memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC umum tiga import baharu, dua pemain kembali perkuat pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular