HomeIsu tempatanPenyerahan Baton Hari Belia Negara di Pos Kawalan Imigresen Sindumin

Penyerahan Baton Hari Belia Negara di Pos Kawalan Imigresen Sindumin

Read Time:37 Second

Sipitang: Bersempena sambutan Hari Belia Negara,  program penyerahan baton telah diadakan di Pos Kawalan Imigresen Sindumin di sini hari ini.

Penyerahan secara rasmi baton telah disempurnakan Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong kepada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah di pos kawalan sempada negeri Sabah dan Sarawak.

Hadir menyaksikan acara itu adalah Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob.

Hadir sama, Presiden Majlis Belia Sabah Abqaree Fawwaz Abekan dan Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M. Zahari.

Jelajah baton ini adalah simbolik semangat anak muda, menjelajah dari negeri ke negeri,  menuju kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2025 yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Jun 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PHoH perkukuh jalinan siswa UMS dan komuniti di Bongawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular