HomeUtamaLelaki mengaku tidak bersalah rogol sepupu

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol sepupu

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol sepupunya.

Tertuduh berusia 35 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan hakim Amir Shah Amir Hassan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 14 tahun pada Julai 2024, di sebuah rumah di Penampang.

Pertuduhan dikemukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga akan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Julai untuk pengurusan kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan dua penjamin tempatan.

Syarat tambahan turut dikenakan, iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis pada setiap 1 haribulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah (jika ada), dan tidak mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang pemuda berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol anak saudaranya yang berusia 17 tahun pada Jun 2024 di Tamparuli.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang mana oleh kerana perhubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaannya, untuk berkahwin.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun, serta tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 17 Julai untuk pengurusan kes dan membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Sylyester Kuan diikat jamin RM6,000 dengan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis dan Nurul Shafeerah Mad Iskim.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular