HomeUtamaTangani sikap radikal dan krisis moral generasi muda

Tangani sikap radikal dan krisis moral generasi muda

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Pendekatan yang menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menangani kemunculan sikap radikal, tidak bertolak ansur dan krisis moral dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, ia termasuklah pengukuhan pendidikan karakter, penyebaran dakwah yang penuh hikmah serta pengawasan terhadap media sosial.

Katanya, ia perlu dilakukan supaya ianya tidak menjadi alat penyebaran dakyah kebencian.

“Institusi-institusi keagamaan, pendidikan, serta media massa memiliki tanggung jawab besar untuk sama-sama mencipta kesedaran kolektif, tentang pentingnya membangun umat madani mengikut acuan yang diredhai. 

“Tanggungjawab ini juga, perlu digalas oleh setiap individu dengan menjadi agen perubahan serta menunjukkan sikap adil, toleransi, dan menghargai   sesama   insan dalam kehidupan,” katanya.

Tun Musa berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pada majlis pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Sabah 1447h di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Hadir sama isterinya Toh Puan Faridah Tussin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri Datin Seri Juliah Salag.

Musa berkata tema sambutan Maal Hijrah kali ini, ‘Membangun Ummah Madani’ amat bermakna dan relevan, selain menjadi manifestasi daripada peristiwa hijrah 

Rasulullah SAW. 

“Ia bukanlah sekadar perpindahan secara fizikal dari Makkah ke Madinah tetapi satu transformasi menyeluruh, dari kelemahan kepada kekuatan, dari kejahilan jepada ilmu pengetahuan dan dari perpecahan kepada kesatuan. 

“Itulah simbol perubahan yang terancang dengan strategi mantap yang menjadi asas kepada kemunculan tamadun islam yang gemilang,” katanya.

Katanya, sambutan Maal Hjjrah juga perlu djadikan sebagai pemangkin kepada perubahan cara berfikir, budaya kerja cemerlang dan arah tuju umat Islam untuk menjadi umat yang progresif dan dinamik. 

“Progresif bermakna umat yang sentiasa mara ke hadapan dalam bidang ilmu, ekonomi, teknologi, pemikiran dan kemanusiaan, manakala dinamik pula bermakna umat Islam yang tangkas menghadapi cabaran zaman, tidak statik dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia yang bergerak dengan pantas,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular