HomeUtamaSabah terajui dasar pendidikan alam sekitar negara

Sabah terajui dasar pendidikan alam sekitar negara

Read Time:1 Minute, 31 Second

Tuaran: Sabah terus menerajui usaha pemeliharaan alam sekitar apabila menjadi antara negeri pertama di Malaysia yang membangunkan dasar pendidikan alam sekitar.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, Dasar Pendidikan Alam Sekitar Sabah (SEEP) yang dilancarkan pada November 2009 menjadi platform penting dalam menyatukan pelbagai pihak dalam melaksanakan pendidikan alam sekitar secara menyeluruh dan berkesan.

“Alam sekitar sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Dasar ini melengkapkan pelaksanaan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah yang dilancarkan pada 2017 serta Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Mary Isidore Malangking 

Christina berkata, pengiktirafan terhadap peranan alam sekitar sebagai elemen strategik dalam pembangunan negeri turut diterjemah menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah 2019 secara berterusan oleh pelbagai agensi kerajaan.

“Pencapaian penting antaranya ialah program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang bermula pada 2003 serta penubuhan Rangkaian Pendidikan Alam Sekitar Sabah (SEEN) pada 2005,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua inisiatif itu memberi impak besar dalam mempromosikan kelestarian alam sekitar serta menghimpunkan pelbagai pihak untuk melaksanakan program berimpak tinggi seperti persidangan negeri, latihan guru dan libat urus masyarakat.

Menurut Christina, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD) turut memainkan peranan penting dalam memastikan dimensi alam sekitar diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan serta penggunaan sumber asli secara lestari.

“EPD turut menyelaras usaha menangani isu alam sekitar menerusi pendekatan strategik dan bersepadu, selain memupuk rangkaian kerjasama antara jabatan serta perkongsian pintar,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Daisy Aloysius; Pengurus Besar Shangri-La Rasa Ria Kota Kinabalu, Fiona Hagan; Pengarah Taman-Taman Sabah, Datuk Dr. Maklarin Lakim; dan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar.-

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular