HomeUtamaEksekutif kewangan syarikat komunikasi didakwa pecah amanah

Eksekutif kewangan syarikat komunikasi didakwa pecah amanah

Read Time:47 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang eksekutif kewangan merangkap akauntan di sebuah syarikat komunikasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah melibatkan lebih RM500, 000.

Rabiahtul Adawiah Pastor, 33, yang hadir di hadapan hakim Amir Shah Amir Hassan, didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 14 tahun, dan dengan sebatan, dan bolehlah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa menyeleweng wang berjumlah RM273,802.64, RM263,758.50 dan RM49,330 dengan memindahkan wang tersebut ke akaun bank tiga buah syarikat berbeza.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di syarikat komunikasi di Pusat Dagangan Putatan, masing-masing antara 2022 dan 2023.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes.

Rabiahtul, yang diwakili peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular