HomeUtamaPETRONAS salur bantuan kepada mangsa kebakaran di Sandakan

PETRONAS salur bantuan kepada mangsa kebakaran di Sandakan

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: PETRONAS menyalurkan sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, sebagai sebahagian usaha membantu keluarga yang terjejas akibat insiden berkenaan.

Sumbangan itu akan diagihkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), merangkumi keperluan asas seperti air minuman, selimut, tuala mandi, barangan mandian, tuala wanita, peralatan dapur, tisu basah bayi serta beg sampah.

Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Datuk Siti Ayu Abdul Wahab berkata, pihaknya berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban mangsa.

“Kami akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari yang juga Setiausaha JPBN Sabah, di depot Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, hari ini.

Terdahulu, penyerahan simbolik turut diadakan bersama Presiden MPS, Datuk Walter Kenson, disaksikan Timbalan Pengarah Operasi JPKA, Asnah Kasim.

Tahun lalu, PETRONAS menyumbang kira-kira RM1.1 juta bagi menyokong usaha bantuan bencana di seluruh Sabah, manakala setakat tahun ini sebanyak RM398,000 telah disalurkan untuk inisiatif sama.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kekal tenang dan amalkan perbelanjaan berhemah – ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular