HomeUtamaBeberapa laluan utama sekitar KK ditutup Sabtu ini

Beberapa laluan utama sekitar KK ditutup Sabtu ini

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Beberapa laluan utama di sekitar Bandar raya akan ditutup bagi sambutan Hari Etnik Sabah 6.0 yang diadakan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Sabtu ini. 

Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Khazrul Shah Annuar Ahmad berkata, langkah tersebut bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta keselamatan orang ramai sepanjang program berlangsung.

“Laluan utama yang terlibat dengan penutupan dan lencongan ialah laluan di Bulatan Kapital (Bandaran) hingga ke Lampu Isyarat JQ, termasuk jalan menuju Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah  (SICC) serta Bulatan Istiadat.

“Selain itu, penutupan jalan bagi raptai penuh akan dilaksanakan pada 24 April bermula jam 2.30 petang, manakala pada 25 April penutupan akan bermula seawal jam 4 petang.

“Seramai empat pegawai kanan polis bersama kira-kira 30 orang anggota akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang Hari Etnik 6.0 tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi temu bual radio bersama SabahFM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini pada Rabu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang program berlangsung.

“Orang ramai juga disaran menggunakan laluan alternatif yang disyorkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain mengelakkan parkir di bahu jalan utama kerana ia boleh menjejaskan aliran trafik.

“Kami turut berharap orang ramai dapat mematuhi arahan anggota polis dan petugas trafik yang ditempatkan di lokasi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang sambutan ini,” jelasnya.

Menurutnya, komitmen pihak polis adalah untuk memastikan orang ramai dapat menghadiri sambutan Hari Etnik dengan selamat dan selesa tanpa gangguan trafik yang serius.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kekal tenang dan amalkan perbelanjaan berhemah – ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular