HomeUtamaOps Tiris 4.0: 450 liter petrol dirampas, lelaki tempatan ditahan

Ops Tiris 4.0: 450 liter petrol dirampas, lelaki tempatan ditahan

Read Time:1 Minute, 10 Second

SEMPORNA: Seorang lelaki tempatan yang memiliki sejumlah 450 liter petrol ditahan dalam Ops Tiris 4.0 di perairan Kg. Simunul, di sini.

Dalam operasi yang dijalankan pada 2 Mei lalu kira-kira jam 10 malam, seorang lelaki berusia itu 40 tahun itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk memiliki ataupun menyimpan barang kawalan tersebut.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 24 jeriken berisi petrol dianggarkan 480 liter, bersama sebuah bot kayu, enjin sangkut Yamaha Enduro 40hp serta beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan bagi tujuan pengangkutan bahan kawalan tersebut.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM4,705.60,” menurut kenyataan itu.

KPDN Sabah memaklumkan kes tersebut telah diserahkan kepada KPDN Cawangan Semporna oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak.

 “Sehubungan itu, KPDN Semporna telah membuka satu kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.”

KPDN memberikan amaran keras terhadap mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta 122 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan tidak tolak naikkan amaun Pemberian Khas kepada Sabah dalam...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular