HomeUtamaUgut jenayah: Lelaki dipenjara empat bulan, denda RM4,500

Ugut jenayah: Lelaki dipenjara empat bulan, denda RM4,500

Read Time:59 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana melakukan ugutan jenayah.

Majistret Marilyn Kelvin juga mengenakan denda RM4,500 atau lapan bulan penjara, jika gagal membaya denda berkenaan, selepas tertuduh, Johnny Roni, 36, mengaku bersalah atas kesalahan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Johnny menakutkan seorang lelaki secara jenayah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan mahu membunuh mangsa pada 7 April lalu di hadapan sebuah rumah di Kobusak, Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kes berasingan, dalam mahkamah yang sama, seorang lagi lelaki dipenjara sehari dan dikenakan denda RM2,000 atau lapan bulan penjara kerana melakukan ugutan jenayah melalui telefon.

Zulkernain Mohiddin, 51, melakukan kesalahan itu dengan menghantar pesanan ringkas kepada seorang lelaki pada 4 Disember 2024 di sebuah kawasan perumahan di Penampang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence.

Pegawai Pendakwa Inspektor Yusdi Basri dan Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh masing-masing mengendalikan pendakwaan kes Johnny dan Zulkernain.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkasa modal insan, fokus generasi muda luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular