HomeUtamaSEC rangka pelan pembangunan tenaga lima tahun untuk Sabah

SEC rangka pelan pembangunan tenaga lima tahun untuk Sabah

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation (SEC) Sdn Bhd merangka pelan pembangunan tenaga bagi tempoh lima tahun sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan sektor tenaga dan menangani cabaran bekalan tenaga di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Annuar Ayub berkata, pelan tersebut merangkumi pelbagai projek strategik yang akan menyokong pembangunan negeri serta memastikan keperluan tenaga dapat dipenuhi secara lebih mampan pada masa hadapan.

Beliau berkata, perancangan itu dilaksanakan selaras dengan komitmen SEC untuk memainkan peranan penting dalam memperkasakan sektor tenaga negeri, sejajar dengan agenda pembangunan Sabah.

Datuk Annuar Ayub

“SEC telah merangka pelan pembangunan lima tahun yang melibatkan pelbagai projek tenaga untuk pembangunan negeri selain membantu mengatasi masalah tenaga di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Menurut Annuar, kejayaan pelaksanaan pelan pembangunan berkenaan turut bergantung kepada kerjasama erat antara SEC dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Sabah Electricity Sdn Bhd (SE) dan agensi-agensi berkaitan.

Katanya, sinergi yang diwujudkan itu penting bagi memastikan setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kunjungan hormat tersebut turut bertujuan memperkenalkan barisan Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan SEC kepada Tun Musa selain memberi taklimat mengenai perkembangan semasa syarikat serta perancangan masa depannya.

RELATED ARTICLES
Utama

Data psikometrik bantu JPNS cegah gejala buli di sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular