HomePolitikBekas Pemimpin PCS Dipelawa Sertai PBRS

Bekas Pemimpin PCS Dipelawa Sertai PBRS

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Pemimpin Parti Cinta Sabah (PCS) yang mengumumkan keluar parti itu semalam dipelawa untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata, pelawaan itu dibuat selepas mendengar berita dan pengumuman beberapa tokoh pemimpin politik, ketua bahagian serta ahli PCS yang keluar parti.

“Saya selaku Presiden PBRS ingin mempelawa kesemua mereka untuk menyertai PBRS untuk bersama dalam usaha menyatupadukan dan memajukan rakyat khususnya semua lapisan generasi kaum Kadazan, Dusun dan Murut.

“PBRS merupakan satu-satunya parti tempatan dalam komponen Barisan Nasional (BN) hari ini dimana kami yakin dan percaya bahawa dalam BN kita akan terus maju ke hadapan kearah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Semalam, beberapa pemimpin tertinggi PCS termasuk dua Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi serta beberapa ketua bahagian mengumumkan keluar daripada PCS.

Namun Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan tindakan itu sebagai lumrah politik selain mendakwa ia disebabkan khuatir tidak terpilih lagi menjawat jawatan penting menerusi rombakan parti dalam masa terdekat.

RELATED ARTICLES
Politik

Pemuda Gagasan Rakyat sedia hadapi PRN-17

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular