HomeSukanRebut Peluang Sertai Sesi Pemilihan Pemain Skuad Piala Presiden Sabah FC

Rebut Peluang Sertai Sesi Pemilihan Pemain Skuad Piala Presiden Sabah FC

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Faktor kekurangan pertandingan atau kejohanan bola sepak serta ketiadaan latihan rapi ketika Pandemik COVID-19 menyebabkan mereka yang hadir pada sesi pemilihan pemain skuad Piala Presiden Sabah FC kurang menyerlah.

Ketua Jurulatihnya, Jelius Ating berkata bagaimanapun beliau tidak menafikan ada antara pemain yang hadir pada sesi pemilihan ini berpontesi besar serta berbakat sekaligus boleh diserapkan ke dalam pasukan pada masa depan.

Katanya, pihaknya sudah selesai melaksanakan sesi pemilihan melibatkan lima zon utama bermula pada 13 hingga 21 Disember dan kemudian akan bersambung pada 3 hingga 4 Januari 2022 di Zon Tawau.

“Pemilihan terbuka akan diteruskan pada 5 dan 6 Januari 2022 di Zon Sandakan membabitkan mereka yang lahir bermula 1 Jan 2001.

“Masa pemilihan akan dijalankan bermula dua sesi iaitu pada jam 7:30  hingga 10:30 pagi manakala di sebelah petang bermula 3:00 petang  hingga 6:00 petang sebelum bersambung semula untuk sesi pemilihan akhir di Kota Kinabalu pada 8 dan 9 Januari depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media disini hari ini.

Jelius berkata untuk sesi pemilihan ini beliau dibantu penolong jurulatih, Burhan Ajui dan jurulatih penjaga gol, Jasrih Jabidin @ Jerry dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) di peringkat daerah serta Scouting Team yang diketuai Matlan Marjan.

“Kita sangat mengharapkan pemain yang akan hadir pada sesi pemilihan itu nanti dapat menunjukkan prestasi terbaik sekaligus mampu memikat panel pemilihan untuk diserap sebagai pemain Skuad Piala Presiden Sabah FC untuk musim 2022.

Sebelum ini sesi pemilihan telahpun diadakan melibatkan zon Beaufort, Keningau, Ranau, Kudat dan Kota Kinabalu.

“Mereka yang layak untuk menghadiri sesi pemilihan akhir di Kota Kinabalu nanti terpaksa bersaing untuk merebut tempat dengan pemain-pemain sedia ada dalam pasukan bawah 19 tahun 2021 yang kini sudah melebihi umur serta mereka yang masih berada di dalam skuad Piala Presiden musim 2021,” katanya.

Jelius berkata pada 8  hingga 9 Januari depan, Kota Kinabalu dipilih sebagai lokasi pemilihan akhir pemain manakala 11 Januari 2022 dijangka akan bermula Latihan Pra Musim sebelum musim pertandingan berlangsung pada 24 Februari tahun depan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular