HomeUtamaIbu Zara tiba di mahkamah, beri keterangan dalam inkues hari ini

Ibu Zara tiba di mahkamah, beri keterangan dalam inkues hari ini

Read Time:50 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini bagi memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian anaknya.

Noraidah, 46, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini dengan mengenakan baju kurung dan pelitup muka serta membawa sekeping poster JusticeForZara.

Beliau kelihatan tenang ketika memasuki pekarangan mahkamah dengan diiringi pasukan guamannya.

Setakat kelmarin, 81 saksi telah dipanggil memberi keterangan sejak inkues bermula pada 3 September lalu.

Zara, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asramanya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada keesokan harinya.

Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos 2025 sebelum bedah siasat dilakukan pada 10 Ogos di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth.

Pada 20 Ogos 2025, lima remaja bawah umur yang diberi nama samaran Pelajar A, B, C, D dan E didakwa di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atas pertuduhan mencela Zara.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan perbicaraan kes itu masih berjalan.

RELATED ARTICLES
Utama

Jaminan RM17.67 bilion bagi projek lebuh raya Borneo, tiada sukuk baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular