HomeSukanPengiktirafan FIFA suntik semangat pembangunan bola sepak wanita Sabah

Pengiktirafan FIFA suntik semangat pembangunan bola sepak wanita Sabah

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Pengiktirafan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino terhadap kejayaan Sabah FA menjuarai Liga Wanita Nasional (LWN) 2026 menjadi suntikan semangat baharu kepada usaha pembangunan bola sepak wanita di Sabah.

Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA) dalam satu kenyataan memaklumkan, surat rasmi ucapan tahniah daripada Presiden FIFA itu merupakan satu penghormatan besar kepada seluruh warga bola sepak negeri ini.

Menurutnya, pengiktirafan berkenaan bukan sahaja menghargai kejayaan yang dicapai, malah menjadi dorongan untuk terus memperkukuh pembangunan bola sepak wanita agar mampu melangkah lebih jauh.

Sabah FA turut menegaskan kejayaan muncul juara LWN 2026 bukan hasil usaha individu semata-mata, sebaliknya lahir daripada sokongan, kerjasama, pengorbanan dan komitmen semua pihak.

Sehubungan itu, persatuan berkenaan merakamkan penghargaan kepada Presiden FIFA, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Setiausaha Agung FAM dan SAFA serta barisan pengurusan Sabah FA dan semua pihak yang terbabit.

Sabah FA berharap pengiktirafan itu menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk mengharumkan nama negeri serta menyumbang kepada kemajuan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Petronella Douny wanita pertama Malaysia miliki Diploma AFC Pro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular