HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Turun 35 Kes

COVID-19 : Kes Jangkitan Turun 35 Kes

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah mencatat sedikit penurunan sebanyak 35 kes menjadikan jumlah kumulatif harian berjumlah 245 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu menjadi daerah merekodkan kes jangkitan tertinggi hari ini.

“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 43 kes diikuti oleh Tuaran dengan 33 kes.

“Sebanyak tujuh daerah lagi merekodkan kes pada kadar dua angka, 16 daerah pada kadar satu angka dan dua lagi daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jejumlah 13 daerah mencatatkan penambahan kes namun tidak ada daerah yang menunjukkan peningkatan ketara.

Katanya, dikalangan 12 daerah yang mencatat penurunan, terdapat tiga daerah yang menunjukkan penurunan agak besar, iaitu Kota Belud -24 kes, Keningau -12 kes dan Putatan -10 kes.

“Hanya dua daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Sejumlah 242 daripada 245 kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat tiga kes dalam Kategori 3, manakala tidak ada kes yang direkodkan dalam Kategori 4 dan 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya