HomeIsu tempatanNGO Perlu Bersama Kerajaan Bantu Mereka Terkesan Akibat COVID-19

NGO Perlu Bersama Kerajaan Bantu Mereka Terkesan Akibat COVID-19

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sememangnya amat dialu-alukan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, langkah ini merupakan inisiatif terbaik dalam usaha membantu mereka yang kurang berkemampuan sekali gus bersama-sama membantu menjaga kebajikan masyarakat secara keseluruhanya.

Beliau mengambil contoh inisiatif diambil oleh Kelab Kebajikan Raisul Sabah menyumbang bantuan peralatan sekolah akibat terkesan COVID-19 kepada keluarga kurang berkemampuan.

“Inisiatif kelab itu memperlihatkan keutuhan semangat dan perpaduan masyarakat di kawasan itu yang sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik.

“Usaha ini sudah tentu menjadi contoh badan NGO serta syarikat swasta yang lain agar turut sama membantu mereka yang kurang berkemampuan terutama di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah kepada Kampung Saradan Rampayan Manggatal di sini baru-baru ini.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, NGO bersama syarikat swasta lain perlu tampil dengan usaha serta inisiatif sendiri dan tidak perlu menunggu bantuan daripada pihak kerajaan.

“NGO diseru agar lebih peka dalam menjalankan tanggungjawab mereka membantu kerajaan menjaga dalam kebajikan rakyat yang memerlukan terutama mereka yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya