HomeIsu tempatan'Drive In' DBKK Terima Sambutan Menggalakkan

‘Drive In’ DBKK Terima Sambutan Menggalakkan

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 134 transaksi berjaya diurus menerusi pelaksanaan perkhidmatan ‘Drive In’ Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang bermula semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, perkhidmatan yang dibuka bermula jam 8 pagi hingga 2 petang itu turut mendapat sambutan memberangsangkan dari orang awam.

Katanya, transaksi yang dilaksanakan adalah melibatkan pembayaran cukai kadaran, kompaun, pembaharuan lesen perniagaan dan lain-lain.

“Bagi pihak DBKK, kita merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua warga bandaraya Kota Kinabalu atas sambutan yang menggalakkan ini.

“Saya juga berharap agar orang ramai sentiasa menyokong usaha-usaha DBKK dalam menambahbaik perkhidmatan kami,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Noorliza berkata, perkhidmatan itu akan dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dengan sebanyak lima lot parker khas disediakan berhadapan dengan bangunan Ibu Pejabat DBKK di Jalan Tugu.

Katanya, antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah pembayaran cukai kadaran, pembayaran kompaun, pembelian kupon letak kereta, pembelian borang-borang dan pembayaran Am.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya