HomeUtamaShowcase Setahun SMJ, Career GIG-SMJ bermula esok, lebih 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan

Showcase Setahun SMJ, Career GIG-SMJ bermula esok, lebih 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Sempena sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ), beberapa program diadakan terbuka kepada orang ramai antaranya Showcase Setahun SMJ dan Career GIG-SMJ bermula esok sehingga 30 Mac ini.

Showcase Setahun SMJ ini yang melibatkan 28 pempamer terdiri daripada kementerian, jabatan, agensi negeri dan Persekutuan, syarikat pelabur, syarikat minyak dan gas berlangsung selama tiga hari bermula 28 Mac, di Dewan Kinabatangan II, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, berkata Showcase Setahun SMJ ini bertujuan mempamerkan pencapaian inisiatif Hala Tuju SMJ selama setahun.

Manakala, kepada orang ramai dan belia yang masih mencari peluang pekerjaan, program Career Gig-SMJ pula yang akan di Dewan Kinabatangan III, SICC, pada 29 Mac, mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

Lebih 2,500 jawatan kosong ditawarkan oleh majikan dari pelbagai sektor dan industri antaranya Jurutera Projek, Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrik, Pereka Grafik, Pengurus Sumber Manusia, Agen Takaful, Konsultan Spa, Kerani, Pengurus Akaun dan Pengurus Pemasaran.

Program ini anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Antara majikan yang menawarkan peluang pekerjaan adalah syarikat swasta serta agensi perhotelan terkemuka seperti SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd, Talent Suites Sdn Bhd, Agensi Pekerjaan Kaizen Sdn Bhd, Petra Resources Sdn Bhd, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Zarrich Empire Sdn Bhd, BTC Maju Holdings Sdn Bhd, Marriott Hotel, Sutera Harbour Resort, Allianz General Insurance Co (M) Bhd, Mosulu Construction & Engineering dan Ibis Styles Hotel.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor akan melancarkan Showcase Setahun SMJ dan Career Gig, sempena sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya, di SICC pada 29 Mac ini.

Sementara itu, pengunjung juga peluang untuk menyaksikan robot pertama milik kerajaan Negeri Sabah dalam acara ‘Meet and Greet Pepper‘ dalam inisiatif pendigitalan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, sepanjang program showcase berkenaan berlangsung.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk hadir kerana mereka juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang tiga hari showcase dijalankan dan pelbagai hadiah menarik telah disediakan oleh penganjur.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular