HomeUtamaRPH jamin keselamatan makanan

RPH jamin keselamatan makanan

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA BELUD : Rumah Penyembelihan Haiwan (RPH) yang dikendalikan oleh Jabatan Veterinar Sabah mampu menjamin keselamatan makanan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pembinaan RPH tersebut merupakan satu usaha kerajaan untuk menyokong perkembangan industri ruminan yang semakin berkembang.

Katanya,  selain itu ianya akan dapat memastikan bekalan makanan mencukupi dan keselamatannya juga terjamin.

“Terdapat peraturan yang perlu dipatuhi bagi mengawal aktiviti penyembelihan untuk memastikan makanan berasaskan haiwan selamat untuk kegunaan awam.

“RPH ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan veterinar bagi mengawal penyakit zoonotik serta memastikan hasil keluaran RPH selamat untuk dimakan.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pengusaha agar dapat memanfaatkan fasiliti yang disediakan untuk menghasilkan produk bermutu dan berdaya saing,” katanya ketika berucap merasmikan RPH Ruminan Kota Belud, disini semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, RPH Kota Belud berkenaan merupakan RPH Ruminan yang keempat di Sabah dan menelan kos pembinaan sebanyak RM1.53 juta.

“Dua buah RPH lagi akan dibina di daerah Keningau dan dijangka akan siap pada 2023.

“Diharapkan fasiliti ini dapat memberikan manfaat kepada para pengguna dan penduduk setempat, seterusnya dapat membangunkan aktiviti hiliran dengan lebih rancak,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Perikanan, Hendrus Anding, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Pentadbiran, Doris William, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan, Datuk Mariana Tinggal, Pengarah Jabatan Veterinar Sabah, Dr. Hajah Normah Yusop dan Pegawai Daerah, Abdul Sani Arsat.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular