HomeIsu tempatanProaktif bantu capai hala tuju SMJ

Proaktif bantu capai hala tuju SMJ

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Penjawat awam Persekutuan perlu proaktif dalam membantu kerajaan negeri untuk mencapai Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Sarul Bahiyah berkata, setiap penjawat awam Persekutuan perlu sama-sama menggalas tanggungjawab dan menjalankan tugas dengan lebih cekap agar hasrat kerajaan negeri dapat direalisasikan.

“Penjawat awam Persekutuan mahupun kakitangan awam negeri, perlulah memainkan peranan dalam menjayakan Hala Tuju SMJ. Kerjasama di antara kakitangan Persekutuan dan Negeri perlu seiring pada landasan yang tepat menuju destinasi yang sama.

“Saya menyarankan agar semua kakitangan awam persekutuan di negeri ini supaya bersama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan rasa kepunyaan bersama kepada hala tuju SMJ dan bertindak segera untuk melaksanakan setiap inisiatif SMJ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah di pejabatnya, disini kelmarin.

Sarul Bahiyah berharap kunjungan tersebut mampu mengeratkan kerjasama antara Pejabat SUP dengan Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN).

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa dan Ketua Penolong Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular