HomeIsu tempatanYNJ santuni 50 asnaf,12 ahli PVATM

YNJ santuni 50 asnaf,12 ahli PVATM

Read Time:1 Minute, 31 Second

TAMBUNAN: Seramai 50 asnaf dan 12 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menerima sumbangan dari Yayasan Nur Jauhar (YNJ) sempena bulan Ramadan.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan  Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ di Rumah Rehat Kerajaan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Cawangan PVATM Daerah Tambunan, Maxentius Budin, 54, yang ditemui media meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas keprihatinan YNJ kepada ahli PVATM.

“Saya bagi pihak PVATM Cawangan Tambunan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Toh Puan Norlidah kerana sudi memberi sumbangan kepada kami pesara-pesara ATM.

“Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan untuk membantu golongan yang memerlukan terutama bagi kategori miskin tegar, balu dan anak-anak pesara dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Turut menerima sumbangan asnaf, Daisy Stanis, 27 berasal dari Kampung Rompon menzahirkan rasa syukur, berterima kasih atas bantuan yang diberikan dapat meringankan perbelanjaan seisi rumah dalam bulan Ramadan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YNJ dan Toh puan atas sumbangan ini sangat memberi makna dan berasa gembira kerana terpilih untuk menerima sumbangan dari YNJ,” katanya.

Bagi asnaf, Nordin Intang, 60, yang berasal dari Kampung Patau pula menyatakan sumbangan yang diterima akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Saya rasa terharu kerana menerima sumbangan daripada Toh Puan Norlidah yang sanggup datang ke Tambunan pada hari ini.

“Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih untuk menerima sumbangan kewangan dari YNJ dan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban saya sekeluarga,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Tambunan, Sobitun Makjil, Ketua Polis Daerah Keningau, Nor Rafidah Kasim,  Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri merangkap Bendahari Kehormat YNJ, Datuk Abinan Asli dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Dr Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya