HomeIsu tempatanMacau Scam: Kontraktor Wanita Diperdaya, Rugi RM 294,118.50

Macau Scam: Kontraktor Wanita Diperdaya, Rugi RM 294,118.50

Read Time:1 Minute, 23 Second

BEAUFORT: Seorang kontraktor wanita kerugian sebanyak RM 294,118.50 setelah diperdaya sindiket Macau Scam oleh beberapa individu yang menyamar sebagai pegawai insuran dan polis melalui dalam talian.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pengadu yang juga mangsa berusia 60 tahun itu telah membuat laporan polis kerana menyedari telah ditipu oleh sindiket yang mengaku sebagai pegawai insuran dan polis melalui panggilan telefon pada 12 Disember 2021, jam 12 tengahari kononnya pengadu dikatakan telah membuat tuntutan insuran yang mencurigakan dan terlibat dalam penggubahan wang haram.

“Pengadu turut diberitahu untuk membersihkan namanya supaya tidak terlibat dengan kes jenayah, pihak mereka meminta pengadu untuk membuka satu akaun bank yang baru untuk tujuan siasatan dan memberikan nombor telefon yang tidak dikenali.

“Oleh kerana percaya mereka adalah pihak polis maka pengadu telah memberikan nombor akaun, nombor pin dan ‘username’,” katanya.

Menurut laporan kes itu, Yusoff berkata, pengadu telah diarahkan untuk tidak mengemaskini akaun agrobank pengadu serta tidak berhubung dengan orang-orang yang lain bagi tujuan untuk tidak mengganggu siasatan mereka.

“Pada 13 April 2022 pengadu telah pergi ke Agrobank Beaufort untuk tujuan mengeluarkan wang, namun pengadu terkejut apabila mendapat tahu wang telah dikeluarkan bermula dari tarikh 13 November 2021 sehingga 29 Mac 2022 berjumlah RM 294,118.50, wang tersebut dikeluarkan melalui pindahan ‘duitnow’ dengan menggunakan nombor telefon.

“Pengadu telah membuat laporan untuk tindakan pihak bank dan pihak polis,” katanya.

Hasil siasatan, seramai 11 individu telah ditahan oleh pihak polis dipercayai suspek dalam kes tersebut. Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pihak polis menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan pastikan maklumat sahih dan dapatkan bantuan serta nasihat dari saluran yang betul.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya