HomeLuar negaraManchester City kekal gelaran EPL 

Manchester City kekal gelaran EPL 

Read Time:42 Second

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester City mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan gaya dramatik apabila bangkit selepas ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Villa 3-2 menerusi tiga gol dalam tempoh 15 minit.

Ilkay Gundogan masuk dari bangku simpanan untuk meledak dua gol dengan Rodri juga menemui sasaran ketika skuad Pep Guardiola berjaya menghalang usaha Liverpool menang gelaran dengan hanya kelebihan satu mata.

Gol Matty Cash dan bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho tampak bakal memberikan kelebihan buat Reds merampas gelaran.

Skuad kendalian Jurgen Klopp menyempurnakan tugas apabila bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Wolves 3-1 di Anfield namun kemenangan City memusnahkan harapan Liverpool untuk meraih empat kejuaraan.

Spurs pula mengesahkan tempat keempat apabila membelasah Norwich 5-0 ketika pencabar utamanya Arsenal turut menang besar mengatasi Everton.

Chelsea mengekalkan tempat ketiga selepas menang 2-1 mengatasi Watford. – AFP

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular