HomeIsu tempatanPelindung cari waris bayi ditinggalkan

Pelindung cari waris bayi ditinggalkan

Read Time:48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KUDAT: Pelindung dari Pejabat Kebajikan Daerah Kecil Matunggong, Connie Jikisoi menyeru kepada orang ramai bagi membantu mengesan keluarga atau waris seorang bayi perempuan berusia dua bulan lapan hari yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Connie berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris seorang bayi perempuan yang dipercayai ditinggalkan kepada pengadu oleh ibu kandung kepada bayi tersebut dipercayai bernama Sharon pada 28 April 2022 jam 5 petang di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Tinagol, Kudat. Bayi tersebut bernama Thyana Ashley.

Sehingga kini, pelindung masih belum dapat sebarang maklumat mengenai ibu kandung bayi tersebut.

Susulan kes itu, pelindung dalam satu kenyataan media hari ini, memohon kerjasama pihak media massa untuk menyiarkan berita berserta gambar bayi tersebut bagi mengesan waris atau sesiapa yang tahu mengenai bayi tersebut supaya tampil membantu siasatan sepertimana di bawah peruntukan seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001(pindaan) 2016.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Pelindung Daerah Matunggong melalui talian 088-613793.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular