HomeIsu tempatanUPPM DUN Lamag Nafi Dakwaan ADUN Tanjung Aru

UPPM DUN Lamag Nafi Dakwaan ADUN Tanjung Aru

Read Time:2 Minute, 3 Second

KINABATANGAN: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag Abu Bakar Gapar menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Junz Wong kononnya bantuan bakul makanan diberikan secara terpilih.

Abu Bakar berkata, bakul makanan yang diperuntukkan sememangnya adalah untuk golongan B40 dan berdaftar dengan e-Kasih namun terdapat golongan yang tidak tersenarai dalam kelompok ini perlu dibantu dalam situasi sekarang.

“Dalam waktu kritikal begini terutama ketika penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua pihak sangat terkesan.

“Malah ketika ini wakil rakyat dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) turut menerima permohonan bantuan dari kalangan bukan B40 dan yang tidak tersenarai dalam e-Kasih,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru yang memuat naik hantaran di laman sosial Facebook miliknya dengan mengambil gambar  UPPM  menyerahkan bantuan di kawasan  DUN Lamag.

Menerusi hantaran berkenaan, Junz berkata penerima yang memiliki kenderaan pacuan empat roda turut menerima bantuan dan menyebut semua UPPM ada gaji dan peruntukan namun dalam memberikan bantuan hanya yang tersenarai e-kasih.

Abu Bakar berkata, gambar yang berlatarbelakang rumah yang memiliki kenderaan pacuan empat roda itu hanya rumah penduduk dan bukan penerima bantuan.

Katanya, jumlah peruntukkan bagi bantuan bakul makanan oleh kerajaan sememangnya tidak mencukupi berbanding yang memerlukan dalam situasi kini.

“Bagaimanapun, wakil rakyat kerajaan dikawasan masing-masing sudah tentu mempunyai inisiatif tersendiri bagi mencari peruntukan termasuk sumbangan dari sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) agar tidak ada golongan memerlukan tercicir untuk dibantu,”katanya.

Tambahnya, UPPM tidak mempunyai peruntukan untuk memberikan bantuan, melainkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan tugas UPPM hanya menyelaras dan menyampaikan kepada penerima

“Bagi rakyat di DUN Lamag mereka beruntung kerana diwakili oleh seorang wakil rakyat yang sentiasa prihatian dengan masalah rakyat dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan  tanpa mengira fahaman politik,”katanya.

Abu Bakar yakin perkara yang sama turut dilakukan oleh wakil rakyat kerajaan yang lain dan berbeza pada zaman pemerintahan Warisan sebelum ini yang memilih siapa yang harus mereka berikan bantuan.

“Bagi DUN Lamag kami tidak bermasalah memberikan bantuan bakul makanan kepada penduduk di kawasan ini dan ianya  telah diselaraskan sebaik mungkin dan dijangka akan selesai penghujung minggu ini,”katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar mengingatkan pemimpin parti politik pembangkang khususnya Junz Wong agar tidak terlalu mempolitikkan isu bantuan bakul makanan dengan membuat pelbagai provokasi sebaliknya sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat beliau perlu tampil dan membantu rakyat terutamanya di kawasan yang beliau wakili.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular