HomeUtamaJPKM beri manfaat kepada lebih 6,000 anak Sabah lanjut pengajian ke IPT

JPKM beri manfaat kepada lebih 6,000 anak Sabah lanjut pengajian ke IPT

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) yang diadakan selama 10 hari di beberapa buah daerah di negeri ini berjaya memberi manfaat kepada lebih 6,000 anak Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menteri Tugas-Tugas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerjasama  erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga menjadi wadah penting dalam memperkasakan pendidikan anak di negeri ini.

Katanya, inisiatif itu juga adalah bagi memastikan tiada golongan tercicir dalam menerima pendidikan.

“Alhamdulilah ini adalah wadah yang terbaik untuk kita sama-sama memperkasa pendidikan dalam membantu anak-anak kita untuk mendapat pendidikan.

“Terima kasih kepada Kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mana beliau telah mengambil berat tentang Keluarga Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan JPKM Peringkat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, pihaknya bersama agensi pendidikan lain khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); Yayasan Sabah; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah memberi kerjasama penuh kepada Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dalam menjayakan JPKM di negeri ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke IPT.

“Kita (Kerajaan) menyalurkan bantuan kepada pelajar yang layak melalui program Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) bermula dari RM1,500 untuk mereka yang mengikuti pengajian dalam Matrikulasi dan Diploma.

“Manakala sebanyak RM2,000 pula diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato Mohd Aizuddin Ghazali berkata, program jelajah itu diadakan adalah bagi membantu golongan pelajar yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke IPT disebabkan beberapa faktor.

Katanya, antaranya termasuklah faktor kemiskinan dan kesilapan dalam mengisi borang permohonan secara dalam talian.

“Kalau kita lihat sepanjang program jelajah pendidikan ini,kebanyakkan mereka tercicir dikategorikan sebagai yang gagal ke UPU disebabkan beberapa faktor.  Salah satu adalah kemiskinan sebab itu kami pergibawa mandat Perdana Menteri bagi belanja sebelum ke IPT,” katanya.

Terdahulu, pada program itu, Mohd Arifin menyerahkan surat tawaran kemasukan ke IPT kepada pelajar yang berjaya.

Selain itu, penyerahan Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah kepada 12 penerima dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) kepada dua pelajar terpilih turut diadakan.

Sepanjang penganjuran JPKM berlangsung , sebanyak 31526 pelajar telah diberi peluang ke menara gading. 

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular