HomeIsu tempatanDBKK ambil maklum isu perpindahan operasi Kereta Sewa (Atap Kuning) Ke bangunan...

DBKK ambil maklum isu perpindahan operasi Kereta Sewa (Atap Kuning) Ke bangunan KK Sentral

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil maklum isu perpindahan operasi Kereta Sewa (Atap Kuning) di Jalan Padang, Kota Kinabalu ke bangunan KK Sentral.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kota Kinabalu yang telah diadakan pada 3 Jun 2022 telah bersetuju ke atas syor Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah untuk memindahkan operasi Kereta Sewa (Atap Kuning) di Jalan Padang ke bangunan KK Sentral bagi menyediakan sistem pengurusan pengusaha dan penumpang kereta sewa (atap kuning) yang lebih teratur dan terancang di bandar raya Kota Kinabalu.

“Keputusan ini juga diambil dengan mengambil kira keadaan sedia ada kawasan parkir di Jalan Padang yang panas dan kurang kemudahan berbanding dengan bangunan KK Sentral yang menyediakan prasarana dan kemudahan lebih baik dan selesa untuk pengusaha dan penumpang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Junainah turut memaklumkan LPKP Sabah bersama DBKK juga telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak pengusaha serta program simulasi di bangunan KK Sentral pada 7 Julai 2022.

“Pertemuan susulan juga telah diadakan di antara DBKK Holdings Sendirian Berhad dan Pengerusi-pengerusi Persatuan Kereta Sewa pada 16 Ogos 2022.

“Sungguhpun begitu, kini terdapat beberapa pihak pengusaha yang kurang bersetuju dengan mekanisme sedia ada. Oleh itu, pihak DBKK akan mengadakan pertemuan semula bersama para pengusaha berkaitan untuk menambahbaik mekanisme sistem pengurusan yang lebih baik dan boleh diterima pakai oleh semua pihak,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihak DBKK ingin menekan bahawa usaha ini adalah bertujuan semata-mata untuk memastikan keteraturan dalam bandar raya Kota Kinabalu serta memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang adalah lebih terjamin.

“Pihak DBKK juga menyokong usaha LPKP untuk memperkasakan pengangkutan awam dalam bandar raya Kota Kinabalu bagi melancarkan perjalanan para penumpang dan memastikan kesinambungan ekonomi para pengusaha,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya