HomeSukanSUKMA XX : SABANA akhiri penantian selama 20 tahun

SUKMA XX : SABANA akhiri penantian selama 20 tahun

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA) mengakhiri penantian selama 20 tahun untuk beraksi pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX 2022 yang akan bermula secara rasmi esok.

Presiden SABANA, Chendramata Sinteh berkata, persatuan itu telah membuat persediaan sejak 2019 bagi menghadapi SUKMA XX tahun ini.

Bagaimanapun katanya, ia ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19.

“Latihan mula digiatkan kembali pada awal tahun ini dengan pemilihan akhir pada Jun 2022, disusuli latihan berpusat sebelum 12 pemain dan tiga pegawai berlepas ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

“SABANA mendapat kerjasama Lembaga Sukan Sabah (LSS), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk memastikan persiapan yang dibuat berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini kelmarin.

Chendramata berkata, pihaknya berharap agar pasukan Sabah akan dapat mencapai sasaran selaras slogan Go For Gold pasukan negeri ini sekaligus menempatkan sukan bola jaring di persada sukan Malaysia.

Terdahulu, Toh Puan Norlidah menerima kunjungan Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PAWANIS) yang diketuai Pengerusinya, Tah Nia Jaman serta rombongan.

Menurut Tah Nia, kunjungan tersebut untuk menyampaikan jemputan kepada Toh Puan Norlidah bagi merasmikan Majlis Makan Malam Amal PAWANIS, pada 26 September ini.

“Majlis makan malam dwitahunan ini bertujuan mengutip dana bagi tujuan kebajikan ahli, warga pendidik dan pelajar yang ditimpa musibah.

“Oleh itu, PAWANIS mengambil ambil inisiatif mengumpul dana bantuan melalui program seperti makan amal agar mereka merasai kepedulian Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular