HomeSukanSUKMA XX : Elly angkat emas pada penampilan terakhir

SUKMA XX : Elly angkat emas pada penampilan terakhir

Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTRAJAYA: Elly Cassandra Engelbert menghadiahkan pingat emas untuk Sabah pada penampilan terakhirnya dalam acara angkat berat -55kg wanita di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di sini hari ini.

Pertandingan yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11 itu menyaksikan Elly mencatat jumlah angkatan 169kg menerusi 76kg angkatan snatch dan 93kg clean & jerk untuk menafikan cabaran lapan peserta lain.

Pesaing terdekatnya yang memenangi pingat perak, Marthini Chan dari Sarawak sekadar mencatat jumlah angkatan 152kg (67 snatch dan 85kg clean & jerk) manakala pingat gangsa milik Alia Adani Johari (Terengganu) dengan jumlah angkatan 141kg (61kg snatch dan 80kg clean & jerk).

Angkatan emas Elly pada penampilan terakhir di SUKMA.

Elly berkata, ini merupakan SUKMA keempat dan terakhir buat dirinya manakala pingat emas yang dimenanginya itu adalah yang kedua selepas SUKMA di Perak empat tahun lalu.

Elly (tengah) bersama pemenang lain dan Timbalan Chef de Mission yang juga Pengarah MSN Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor (dua dari kanan) semasa majlis penyampaian hadiah.

“Saya gembira dapat pertahankan pingat emas. Ini hadiah terbaik dalam penampilan terakhir saya di SUKMA untuk Sabah” katanya yang berasal dari Papar ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Elly,22, yang juga pemenang tempat kelima di Sukan Komanwel 2022 Birmingham berkata, kejohanan yang akan disertainya selepas ini adalah Terbuka Malaysia yang dijangka akan di Sabah penghujung tahun ini.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee kekal bersama Sabah FC sehingga akhir musim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya