HomePolitikPRU15 : Prasarana, aspek pendidikan akan diberi perhatian - Shahelmey

PRU15 : Prasarana, aspek pendidikan akan diberi perhatian – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya mahu prasarana dan aspek pendidikan di kawasan Pulau Gaya di sini ditingkatkan.

Katanya, perkara itu akan diambil perhatian sekiranya beliau berjaya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Pada hari ini kami berada di Pulau Gaya untuk bertemu pengundi di sini. Untuk spesifik Pulau Gaya saya melihat isu-isu yang perlu diperjuangkan adalah berkaitan prasarana dan pendidikan.

“Jadi sekiranya diberi mandat pada 19 hari bulan nanti, ini adalah antara isu yang akan dibawa ke peringkat Persekutuan dan isu ini juga termasuk dalam agenda Putatan Maju Dan Sejahtera saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Gaya di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, beliau turut yakin bahawa semangat para penduduk tetap memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya kali ini.

“Saya akan terus memberi komitmen yang baik sekiranya diberi mandat rakyat nanti.

“Setelah hampir sembilan hari tempoh berkempen di kawasan Parlimen Putatan ini, saya dapat rasakan sambutan begitu baik dan positif sekali.

“Jadi saya berharap pengundi akan dapat keluar mengundi dengan bijak pada 19 hari bulan demi kestabilan dan kemakmuran,” katanya. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular