HomeUtamaGRS sokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10

GRS sokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10

Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, 20 November 2022.

Hajiji berkata, GRS berpandangan adalah perlu pembentukan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan pada kadar segera untuk memastikan Kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya, khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan untuk tahun 2023.

“GRS mengambil keputusan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN dan parti dari Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti lain yang bersedia untuk membentuk kerjasama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Justeru itu tambah Hajiji, GRS sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demi kepentingan rakyat dan tanah air.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya