HomeSukanDarren Lok, Irfan Zakaria ke Sabah, Stuart diikat dua tahun secara tetap

Darren Lok, Irfan Zakaria ke Sabah, Stuart diikat dua tahun secara tetap

Read Time:1 Minute, 35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Spekulasi mengaitkan bekas penyerang Petaling Jaya City FC (PJ City FC) Darren Lok ke negeri bawah bayu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023 terjawab apabila diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu Sabah FC.

Pengumuman kedatangan penyerang berusia 31 tahun itu diumumkan menerusi hantaran di media sosial rasmi kelab berkenaan semalam.

Kehadiran Darren ke pasukan The Rhinos itu dilihat akan dapat menyelesaikan masalah di bahagian serangan kerana kredibiliti beliau sebagai penyerang sememangnya tidak boleh dipertikaikan.

Sebelum ini, Darren berjaya meledak 10 jaringan dalam saingan Liga Super serta dua gol bagi kempen Piala Malaysia bersama PJ City FC menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak Liga Super dalam kalangan pemain tempatan.

Selain Darren, turut diumumkan menandatangani kontrak, pemain tengah Sabah FC Stuart Wilkin secara tetap yang sebelum ini berstatus pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Stuart menjadi antara tonggak utama pasukan Sabah musim ini apabila berjaya menjaringkan dua gol menerusi 18 penampilan.

Sementara itu, Sabah FC turut meningkatkan kualiti di posisi pertahanan apabila membawa masuk pemain Kuala Lumpur (KL) City, Muhammad Irfan Zakaria bagi menghadapi musim depan.

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee juga boleh membuat pilihan terbaik dibahagian pertahanan yang mana ketika ini beliau turut memiliki Rawilson Batuil dan Dominic Tan di posisi sama.

Irfan Zakaria juga sebelum ini merupakan antara anak didik Kim Swee ketika beliau membimbing skuad bawah 23 tahun.

Dalam pada itu, Sabah FC juga dijangka akan mengekalkan barisan pemain sedia ada seperti Park Tae Su, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Khairul Fahmi Che Mat bagi menghadapi saingan musim depan.

Difahamkan beberapa nama akan turut diumumkan para hari ini menerusi media sosial rasmi Sabah FC.

Sabah FC menamatkan cabaran Liga Super 2022 di tangga ketiga di belakang juara, JDT FC dan Terengganu FC sekaligus layak ke Piala AFC atas tiket tempat ketiga Liga Super selepas JDT menyapu bersih kesemua trofi domestik. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya