HomeEkonomiJadikan koperasi sebagai gerakan bantu rakyat

Jadikan koperasi sebagai gerakan bantu rakyat

Read Time:1 Minute, 29 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Koperasi di semua peringkat seluruh negara di seru untuk terus menggerakkan aktiviti dalam membantu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah keluar daripada kemiskinan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ini kerana koperasi juga berperanan penting dalam agenda pembasmian kemiskinan selain menyumbang kepada ekonomi negara.

“Saya mahu gerakan ini (gerakan koperasi) sebagai gerakan yang membantu rakyat. Saya percaya pendekatan melalui koperasi, banyak kita boleh bina (bangunkan) untuk keluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada lawatan rasminya ke Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, kelmarin.

Ewon berkata, gerakan koperasi juga perlu diberikan bantuan sama seperti syarikat atau organisasi lain agar dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi dalam sektor-sektor utama.

“Selain Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), kita juga akan melibatkan ANGKASA dalam perbincangan mengenai pembangunan perniagaan koperasi dan meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh ANGKASA,” katanya.

Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕𝘊𝘰-𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berharap gerakan koperasi dapat diiktiraf sama seperti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Kalau (koperasi) tak sama (pengiktirafan) pun tak apa, tetapi pakej insentif dan keistimewaan lain yang diterima oleh perusahaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia turut dapat dinikmati oleh koperasi,” katanya.

Dr. Abdul Fattah juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula dan seterusnya memperbaiki akta serta undang-undang tidak mesra koperasi yang dilihat mengekang pertumbuhan dan perkembangan perniagaan koperasi dalam pasaran terbuka.

Pada majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Jusoh turut menyampaikan taklimat mengenai aktiviti dan pencapaian ANGKASA.

Turut hadir Timbalan Menteri KUSKOP, Senator Saraswathy Kandasami.

Lawatan itu merupakan lawatan pertama Ewon dan Saraswathy ke ANGKASA sejak dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri awal Disember 2022. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya