HomeUtamaKYS,MBMC, NRRN lanjut kerjasama program penyelidikan pendidikan, latihan

KYS,MBMC, NRRN lanjut kerjasama program penyelidikan pendidikan, latihan

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Jalinan kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah (KYS); Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Maliau (MBMC), dan Rangkaian Penyelidikan Hutan Hujan Nordik (NRRN) di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (MBCA) dilihat bakal membawa kemajuan ketara kepada rakyat mengenai hutan hujan di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 12 Jun 2015 itu juga merupakan satu langkah penting dalam usaha berterusan demi melindungi dan memelihara hutan hujan Sabah yang amat berharga.

Katanya, menerusi kerjasama itu, penyelidikan mengenai biodiversiti unik hutan hujan akan dapat dijalankan disamping membangunkan strategi pemuliharaan yang berkesan demi pelindungan.

“Kita akan memanfaatkan kepakaran saintis dan penyelidik terkemuka untuk memahami ciri unik hutan hujan kita dengan lebih baik di samping membangunkan strategi pemuliharaan yang berkesan.

“Kita juga akan dapat bekerjasama rapat dengan masyarakat tempatan bagi memastikan mata pencarian serta warisan budaya mereka dihormati dan dilindungi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani pelanjutan MoU untuk meneruskan kerjasama di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (MBCA) antara tiga agensi terlibat.

Lanjutan MoU selama lima tahun itu ditandatangani dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Abidin berkata, jalinan kerjasama ini bakal membawa kemajuan yang ketara dalam pemahaman rakyat tentang hutan hujan negeri Sabah dan membuka jalan mengenai usaha pemuliharaan yang lebih berkesan pada masa akan datang.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada NRRN atas komitmennya terhadap usaha penting ini, dan saya tidak sabar untuk melihat hasil kerjasama ini,” katanya.

KYS yakin kerjasama ini bakal menyumbang secara signifikan terhadap inisiatif penyelidikan saintifik positif, khususnya dalam menilai, memantau, dan mengurus sumber biodiversiti secara mampan di samping mempromosikan faedah hutan hujan tropika kepada generasi masa kini dan masa hadapan.

Perjanjian lanjutan antara ketiga-tiga pihak dijangka akan menarik minat lebih ramai komuniti penyelidik Nordik untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan di Lembangan Maliau. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular