Ketua Menteri mahu HRD Corp bantu tangani jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja libatkan rakyat tempatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) membantu negeri ini dalam menangani sebarang jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja khususnya melibatkan rakyat tempatan negeri ini, agar mereka boleh membangun, menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran terbaik.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat delegasi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahul Dawood di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji diberi taklimat oleh Shahul berhubung cadangan program kolaborasi diantara HRD
Corp bersama Kerajaan Negeri selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Sabah
(SMJ).

HRD Corp yang dahulunya dikenali sebagai HRDF merupakan sebuah badan berkanun
di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab memacu aspirasi pembangunan bakat pekerja melalui kutipan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan dan pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia.

Hajiji berkata, usaha melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan merupakan antara agenda kerajaan untuk memperkasakan modal insan negeri ini.

Menurutnya, menurusi program-program latihan dan peningkatan kemahiran yang
disediakan oleh HRD Corp kepada tenaga kerja sedia ada, dapat membantu memperkukuhkan pembangunan modal insan.

HRD Corp telah bertapak di negeri Sabah sejak tahun 1998 dan kini sejumlah 4,571
majikan di Sabah telah berdaftar dengan agensi itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *