HomeUtamaKPLB Sabah teruskan usaha perbaiki jalan antara kampung dan pekan

KPLB Sabah teruskan usaha perbaiki jalan antara kampung dan pekan

Read Time:1 Minute, 38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan meneruskan usaha bagi memperbaiki jalan penghubung antara kampung dan pekan.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, ia adalah bagi memastikan penduduk luar bandar khususnya dapat menggunakan kemudahan asas yang disediakan oleh Kerajaan.

Katanya, ia termasuklah jalan kampung, balai raya, jambatan serta rumah ibadah selain Program Bekalan Elektik Luar Bandar (BELB) Alternatif dan Bekalan Air Luar Bandar  (BALB) Alternatif juga akan diteruskan pada tahun ini.

“Di samping itu, Kerajaan juga peka terhadap keluhan golongan miskin dan miskin tegar yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

“Oleh itu, pada tahun ini, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi pembinaan sebanyak 1,500 buah Rumah Mesra SMJ di seluruh Sabah khas untuk golongan sasar ini.

“Kerajaan percaya dengan komitmen dan semangat kecemerlangan yang ada pada seluruh warga Kementerian akan dapat merealisaikan dan menterjemahkan hasrat kerajaan untuk membangunkan luar bandar seperti mana yang disasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan KPLB Sabah bagi Tahun 2023 di sini semalam.

Jahid berkata, penjawat awam juga boleh membantu Kerajaan dalam mewar-warkan kepada masyarakat berkenaan program-program dan projek-projek kementerian mahu pun kerajaan yang telah dan akan dilaksanakan.

Katanya, platfom media sosial merupakan nadi utama dalam sistem berkomunikasi masa kini seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook sebagai medium pilihan mereka untuk berkomunikasi bagi melaksanakan tugasan yang diberi.

“Saya juga dapati sesetengah berita negatif menjadi viral di media sosial adalah disebabkan pengguna tidak mendapat maklumat yang tepat dan kurangnya peranan pegawai-pegawai menggunakan media sosial untuk menangkis berita negatif tersebut.

“Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar semua pihak mendapatkan berita yang sahih daripada sumber maklumat yang betul seperti dengan like berita di media sosial KPLBS dan agensi-agensinya dan share kepada rakan-rakan media sosial yang lain.

“Dalam masa yang sama anda janganlah pula menjadi ejen penyebar kepada berita palsu yang mampu memburukkan imej diri sendiri, Kementerian dan seterusnya negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular